Hidup ku begitu indah bila aku bersamanya,
Aku senyum…aku gembira seolah-olahnya hidupku tidak bermasalah,
Aku gelak-ketawa…aku ceria bila dia berada disisiku,
Aku bersyukur…aku berterima kasih kerana dapat mengenalinya.
Kehidupan kami amat gembira…tetapi tidak lama,
Tidak lama untuk masalah timbul kedalam hubungan kami,
Kekasih lama…kawan…mereka menambah kekecohan,
Hidupku penuh dengan tangisan air mata di pipiku.
Dia berubah setelah lama kami tidak berjumpa sesama sendiri,
Dia seolah-olah tidak mengenali diriku lagi,
Hidupku berubah…hidupku penuh dengan tanda tanya,
Soalan…soalan yang tidak ku mengerti.
Kesedihan timbul diwajahnya bila dia memandangku,
Kesedihan yang tak pernah ku lihat,
Kesedihan membawa makna yang amat sukar untuk ku fahami,
Kesedihan penuh dengan jawapan yang kucarikan.
Tidak lama…tidak lama untuk dia memberi jawapan yang ku pinta,
Dia menjawab semua soalan-soalanku dengan penuh keberanian,
Aku tidak faham dengan apa yang aku dengar,
Aku terdesak…aku sayu…aku sedih…
Dengan tabah aku menerima hakikat ini,
Aku cuba untuk memahami keadaan,
Titisan air mata menunggu masa untuk mengalir,
Kepercayaanku kepadanya menjadi tipis..
Perasaanku membawa seribu makna,
Aku menangis…aku sedih bila teringat kepadanya,
Semua menjadi sukar...kehidupanku tiada arah tuju,
Kepercayaanku hilang…hilang didalam perasaanku.
Aku tidak fahami keputusannya,
Air mataku mengalir seperti kehidupanku telah berakhir,
Hatiku seolah-olah berhenti…mendiamkan diri,
Kemarahan tidak muncul dipikiranku.
Hari kehari aku mencuba melupakannya,
Soalan mula muncul di pikiranku semula,
Adakah dia teman hidupku…atau sebaliknya,
Soalan yang aku pupuskan dalam pikiranku.
Cintaku terhadapnya begitu mendalam,
Apa saja yang dia lakukan untuk melukakan hatiku…
Aku sanggup memaafkannya dan melupakan apa yang berlaku,
Dialah teman hidup yang aku mahu.
Tanpanya didalam hidupku lebih sukar,
Tanpanya hidupku kosong,
Aku rela membuat apa saja untuk membuat dia bahagia,
Aku menyayanginya dulu…sekarang…dan selamanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment